RMC Training Centre
PROFAIL SYARIKAT
Menjalankan Program Kecemerlangan Akademik, Pembentukan Sahsiah, Seminar, Kem Motivasi, Modul Latihan Dan Kursus Kepimpinan Untuk Sekolah, Institut Pengajian Tinggi (IPT), Badan Kerajaan (GO) dan Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) .
RMC Training Centre telah ditubuhkan pada Februari 2001. Ia merupakan Pusat Latihan yang menjalankan Program Latihan dan Motivasi kepada Sekolah, Institusi Pengajian Tinggi Awam Dan Swasta (IPTA/IPTS), Badan-badan kerajaan, separuh kerajaan dan juga badan-badan swasta.
“Hari Ini Lebih Cemerlang Dari Semalam” merupakan konsep yang diperkenalkan oleh RMC dalam melaksanakan setiap aktiviti dan latihannya sejak awal penubuhannya. Disamping itu “Profesional, Cekap, Telus & Berwawasan” merupakan visi kami dalam menyumbangkan khidmat bakti kepada masyarakat.
RMC Training Centre merupakan Pusat Khidmat kepada Program Cemerlang Akademik Dan Sahsiyah Terpuji. Ianya adalah satu modul yang melibatkan pembelajaran “EXPERIENTIAL LEARNING” kearah melahirkan kecemerlangan di bidang akademik dan pembentukan sahsiyah terpuji.
Ia dianggotai oleh beberapa kakitangan & professional yang bertindak sebagai penceramah atau “motivator” yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran dalam bidang masing-masing.
Sehingga kini RMC Training Centre telah diberi kepercayaan mengendalikan program-program motivasi, kursus kepimpinan serta ceramah-ceramah di kebanyakan sekolah rendah dan menengah di seluruh Negeri Perlis dan Kedah, termasuk di Institusi-institusi Pengajian Tinggi Awam dan Swasta serta Badan-badan Kerajaan dan Swasta.
MOTTO SYARIKAT
“Profesional, Cekap, Telus & Berwawasan”
ap, Telus & Berwawasan”
MATLAMAT PENUBUHAN SYARIKAT
OBJEKTIF PENUBUHAN
Kursus ini diperkenalkan bagi mencapai beberapa objektif utama:
· Membantu golongan muda, remaja, belia menjana kecemerlangan dalam akademik dan sahsiyah.
· Membantu mewujudkan generasi bangsa (khususnya muslim) yang berwawasan, beretika dan berkualiti.
· Menjadikan RMC sebagai satu inisiatif sokongan yang menyumbang kepada perkembangan pendidikan semasa.
· Membentuk semula sikap pekerja agar berusaha gigih demi masa depan dan kerjaya mereka.
· Memberikan kesedaran tentang pentingnya perubahan dan bertindak sekarang demi masa depan yang cemerlang dan gemilang.
· Merangsang kemahuan yang tinggi dan berkobar-kobar untuk berjaya dalam kerjaya yang diceburi.
· Menjana minda agar bermatlamat dan berfikiran terbuka serta melazim minda agar selesa untuk menerima perubahan diri yang baru.
· Menyuntik semangat, keberanian dan keyakinan diri untuk memartabatkan maruah bangsa, agama dan Negara.
· Mengasah kemahiran dan jati diri supaya dapat menghadapi arus globalisasi serta mencapai keseimbangan 3 fakulti insan untuk mencapai modal insan yang berkualiti.
Menjadi insan yang taat pada suruhan Allah SWT.



