Ratu Kosmetik
October 31, 2007
1. NENDA Puteri Gunung Ledang yang amat dicintai,
Suka benarlah hati cucunda kerana nenda sudi menerima hamba yang tidak seberapa ini untuk berkursus hal-hal kosmetik Melayu. Adapun orang Melayu kita sekarang entah apa-apa, ditepek dilepuk krim entah ususnya babi ataupun uri ungka. Kadang kala hamba naik ngeri juga, apa disuguh atas nama kecantikan diterima sahaja. Baiklah yang datang itu orang putih tidak berbahasa, atau nasrani Manila, atau sahaja nyonya dari Hainan semuanya diambil tanpa tolak sorong bawa ketepi. Justeru inilah hamba ingin memanjatkan harapan supaya generasi perempuan Melayu sekarang terpelihara dari meletak bahan-bahan tidak suci pada muka, nak dihulur telekung buat bersembahyang pun tidak lut dek air, jenis lemak binatang biawak apa agaknya.
2. Cucunda Che Gayah yang amat kita sayangi,
Benarlah perkiraan cucunda itu, moleklah bertanya orang yang tahu. Ramai sungguh mahu tahu rahsia keayuan perempuan Melayu, perlukah bertapa menjadi seperti kita. Malam keluar sedang siang bersembunyi dalam belukar. Apakah itu rahsia kecantikan Melayu?
Tidak cucunda Che Gayah. Biarlah kita jelaskan beberapa tahap untuk mendapat kecantikan sejati itu. Moga-moga cucunda akan memahami bahawa tujuan kita menjadi cantik untuk memuliakan Allah jua. Kerana Allah itu cantik dan suka yang cantik. Bahkan kalau kita ini isteri orang, mendapat pahala bercantik-cantikan untuk...
[More]
Posted at: 11:26 AM | 0 Comments | Add Comment | Permalink
Al Ikhtilat
October 31, 2007
Definisi al-Ikhtilat.
Pengumpulan yang melibatkan percampuran diantara lelaki dan perempuan (yang asing) yang berlaku didalamnya (secara adatnya) bebas pandang memandang serta bebas berinteraksi diantara satu sama lain didalam satu tempat yang tertentu.
Hukum al-Ikhtilat.
Hukum al-Ikhtilat adalah haram atau dilarang sama sekali didalam Islam. Hukum ini disandarkan diatas beberapa hadis Baginda ar-Rasul SAW khususnya kepada golongan wanita.
1. Larangan bermusafir seorang diri kepada perempuan dan berkhalwah dengan lelaki ajnabi.
2. Hukum jihad kepada wanita.
3. Tidak diwajibkan solah jemaah kepada wanita.
4. Tidak diwajibkan solah Jumaat kepada wanita.
5. Pengkhususan beberapa manasik haji kepada wanita.
6. Larangan berjalan seiringan bersama-sama lelaki. (perbahasan lanjut, rujuk Mufassal fi Ahkam Mar'ah wa Baitil Muslim).
Prinsip-prinsip penting.
Beberapa prinsip-prinsip penting yang mesti di fahami oleh muslimah di mana saja dia berada agar tidak terpedaya dengan tipuan-tipuan dunia. Di antaranya:
1. Islam melarang kepada semua muslimah daripada mendedahkan mana-mana bahagian badan dan perhiasannya kecuali muka dan kedua-dua telapak tangannya dengan syarat kedua-dua bahagian tersebut tidak di hiasi.
2. Islam melarang muslimah yang bersendirian dengan seorang lelaki ajnabi walaupun perempuan itu seorang yang pemalu dan menjaga aurat serta pakaiannya. Larangan ini dapat di fahami daripada hadis Rasulallah SAW yang bermaksud: (( tidak berada seorang lelaki dan...
[More]
Tags:
ajnabi, batasan, iktilat, lelaki, perempuan, pergaulan
Posted at: 10:19 AM | 0 Comments | Add Comment | Permalink
Hitam Putih Kehidupan
August 1, 2007
Kehidupan tidak benar-benar mengelirukan kita. Yang hitam dan yang putih memang terlalu ketara bezanya cuma kita tidak benar-benar bersedia untuk membuat keputusan yang betul. Kesenangan menjadikan kita sentiasa memilih jalan yang mudah dan ringkas walaupun kita tahu hasilnya ialah penyesalan. Kemewahan menjadikan hati kita keras dan hilang kepekaan hingga kita tidak menghiraukan natijah yang bakal kita terima. Dunia dan hajat yang tinggi kepadanya menjadikan kita sentiasa mengutamakan pandangan masyarakat dari pandangan kebenaran. Kita takut dikeji dan diperlekeh hingga kita terpaksa korbankan prinsip hidup kita.
"Tidak ada paksaan dalam agama, tetapi telah jelas antara petunjuk dan kesesatan. Sesiapa yang mengkufuri Taghut (Sistem yang berlawanan dengan kehendak Allah SWT) dan beriman dengan Allah, maka dia telah berpegang pada tali yang kukuh dan tak akan terputus . Dan Allah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui" (Al Baqarah:256)
Inilah realiti kehidupan kita...hanya ada dua pilihan ... HITAM & PUTIH, mana satu yang jadi pilihan kita. Life Is About Making A Decision mungkin inilah adalah pepatah yang menggambarkan hakikat ini. Sayangnya tak semua yang mampu membuat pilihan yang betul walaupun dapat membezakan antara keduanya. Segalanya terletak kepada kekuatan jiwa dan keimanan kita kerana kekuatan jiwa yang lahir daripada kekuatan iman inilah kekuatan tunggal yang dapat meleburkan berhala keegoan yang teguh...
[More]
Posted at: 12:10 PM | 1 Comment | Add Comment | Permalink
Takut Untuk Berubah
July 18, 2007
Kebanyakan manusia sebenarnya takut dan sukar menerima perubahan walaupun pada zahirnya mereka sangat inginkan perubahan. Kalau kita tanyakan dari hati ke hati....ketua perompak sekalipun ada hajat dan keinginan untuk jadi baik. Pernah ada seorang kawan saya (kawan saya ni orang yang hidup agak bebas dan sosial: sudah terbiasa dengan arak, dadah, zina dan pergaulan bebas) katanya " Mi ! kalau di farmasi tu ada sejenis ubat kalau kita makan saja kita terus jadi baik, jadi soleh...berapa saja harganya aku sanggup beli, kalau harganya terlalu mahal aku sanggup pula bekerja keras untuk mendapatkannya" Lalu saya menjawab ' Din (bukan nama sebenar) kalau betul ada ubat sebegitu...orang macam Fir'aun pun akan beli begitu juga ketua perompak. Tapi sayang perubahan kepada kebaikan tak akan berlaku secara mukjizat...kita yang bertanggungjawab untuk berubah dan semua itu ada harga yang kita perlu bayar".
Inilah hakikatnya....semua manusia inginkan perubahan tetapi tidak sanggup pula untuk membayar harganya (pengorbanan dan kepayahan). Kita inginkan perubahan instant dan mudah sedangkan perubahan tidak semudah yang diharapkan.
“Katakan kepada orang yang mengharapkan sesuatu yang tinggi, ‘Tanpa bersusah payah, kamu hanya mengharapkan suatu yang mustahil. Kenikmatan tidak mungkin diperolehi dengan kenikmatan pula. Tiap sesuatu yang bernilai tinggi pasti ada harganya, Kejayaan tak akan diraih...
[More]
Posted at: 01:16 PM | 1 Comment | Add Comment | Permalink
Memulakan Perubahan
July 16, 2007
Hampir setiap orang ingin melakukan perubahan namun setelah masa berlalu mereka mash di tahap yang sama. Oleh itu kita bukan sekadar merasa perlu berubah tetapi kita juga perlu tahu kenapa kita perlu berubah, apa perubahan yang kita perlu lakukan dan bagaimana perubahan itu patut bermula....inilah persoalan-persoalan awal yang perlu kita jawab sekiranya kita benar-benar ingin berubah.
Untuk kali ini, saya ingin fokuskan kepada salah satu daripada persoalan-persoalan di atas iaitu bagaimana perubahan itu patut bermula.
Secara umumnya kita tidak akan melakukan sebarang perubahan sekiranya kita berpuashati dengan apa yang sedia ada. Hakikatnya manusia ini terlalu banyak kelemahan tetapi kerana kita tidak menyedari kita ini banyak kekurangan maka kita kita tidak merasa perlu untuk berubah. Oleh itu titik mula perubahan bermula dengan mengenali diri kita sendiri. Apabila kita menilik diri kita sendiri maka kita akan menemui banyak kelemahan dan kekurang yang perlu kita baiki. Di sinilah bermulanya suatu ransangan untuk kita berubah. "Orang yang terlalu sibuk hingga tidak sempat mengenali dirinya akan gagal mengenali orang lain dan akhirnya mereka akan terkurung dalam dunia mereka sendiri." Mereka menjadi anggota masyarakat tetapi tidak dikenali atau tidak disenangi. Mungkin kita pernah dengar orang berkata: si fulan tu asyik dengan burungnya saja...tak pedulikan orang lain,...
[More]
Tags:
perubahan
Posted at: 03:38 PM | Permalink